Sunday, July 24, 2011

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan


Gambar di atas di ambil di Pantai Pandan, Lundu. Setelah sekian lama aku mengidam nak datang Lundu, akhirnya diperkenankan oleh pihak IPTAR..cheewaah..mana ada,aku and batch aku pegi Lundu untuk memenuhi tuntutan program BIG yang diadakan setiap semester and lucky for me because this time, that programme was held at Lundu. Walaweyh...ter"speaking" sudah saya ni...ok, nape entry ni bersangkut paut dengan gambar di ats and BIG kat Lundu? sebab...BIG kali ni, aku diamanahkan untuk menjadi ketua AJK Dokumentasi dan Teknikal. Jawatankuasa yang selama ni aku persoalkan kenapa hanya lelaki yang pegang. Tup..tup..aku plak yang merasa pegang jawatan ni. Mula-mula memang la macam makan kuaci je..tapi, dah kat Kem Alapong (Kem tempat kami tinggal kat Lundu),aduh, tetiba rasa macam makan durian...sebelum makan, rasa susah nak buka buahnya....haaa..macam tu lh aku nak analogikan...Nak siapkan mende alah tu, bukannya senang...Susah bukan sebab apa, tapi sebab kekangan masa and laptop aku yang dah berumur nih .Bukan tak bersyukur, tapi faham-faham lah kalau dah "berumur" kan.....^^ .Tapi, mende-mende tu semua dah ajar aku and bagi aku pengalaman yang sangat berharga. Salah satunya, HARGAI MASA..kenapa? sebab masa tu hanyalah pinjaman kita dari Allah S.W.T. Kenapa kita Allah bagi pinjam? Sebab Allah dah bagi kita amanat untuk apa kita dicipta di muka bumi ini...^^.. Alhamdulillah  semuanya berjalan lancar with help from my commited AJK and izin Allah...Kun Fayakun...Kalau Allah dah tetapkan aku gagal laksanakan tugas aku haritu, walau 1 batch termasuk lecturers yang tolong pun, aku tetap akan gagal.  Love my AJK's commitment towards their works verry much...sosah nak dapat AJK gitu tau..Tapi, satu mistake...aku lupe nak ambik gambo sekali ngn diorang, nak ambik pasni rasa macam dah basi je kan..haha...ok, that's all for now...



P/S: Jangan bersedih dan merungut dengan ujian yang Allah bagi kat kita, sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya jika Allah tahu bahawa hambaNya itu tak mampu itu tempuhinya...
redha dan pasrah dengan setiap ujian amatlah dituntut...sesungguhnya setiap ujian yg kita lalui itu ada hikmahnya...Allah menguji kita kerana Dia mahu kita tahu bahawa Dia sayang dan ingat kan kita...manusia sering lalai dan alpa dengan dunia...kadang kadangg sampai lupakan Allah...kita kena ingat bahawa Allah adalah kekasih sejati dan abadi kita..adakah kita sanggup walau sesaat melupakan kekasih hati yg dicintai..tentu tidak kan...???Ingatlah Allah maha pengampun:-))

0 comments:

Post a Comment