Saturday, July 26, 2014

Bye-bye sayang... jumpa di Jannah kelak.. InshaAllah...


Meet my Sayang... Aku bagi nama Si Tam...tapi kalau panggil akan jadi.. Tam Tam... Sebab? mudah jek, tengoklah bulu-bulunya itu.. Hihi..  TT_TT.. kami dah bela Tam Tam dari kecik tapak tangan. Nak panaskan tido pun lilit dalam selimut jek. Sangat comel... 


Arnab ni sekejap je membesar..pejam celik pejam celik, Tam Tam dah besar dah..Tam Tam arnab yang manja, suka buli Si Tegar, my wobbly cat and sangat jinak. So, kalau lepas dari reban pun tak payah risau. Panggil jek, dia akan datang g kaki kita. 


Hari ni, dari pagi aku busy memanjang, sempat jenguk pun pagi tadi je. Reban pun aku baru cuci dua minggu lepas. Cadangnya nak cuci sebelum raya ni. Pagi tadi pegi pasar, aku beli air susu satu kotak besar sebab aku tau Tam Tam ngn Si Tegar memang suka minum susu. Tapi, sampai waktu berbuka aku tak sempat nak jenguk and bagi minum susu tu. Lepas solat semua, aku pegi buat keje yang urgent nak hantar esok (and aku janji kat diri aku sendiri, aku tanak buat kejer gini lagi). Tengah buat keje ni, aku dengar kakak aku citer ngan mak n bapa dalam suara rendah je. Aku pasang telinga and dada pun dah berdebar-debar bila aku dapat teka yang ada salah seekor haiwan ternakan kami mati. Then, kaka cakap " dia kan pandai tolak pintu reban sendiri" At that moment my mind went blank and i don't want to accept it coz, no one tell me anything bout him. Then aku teringat susu yang aku dah beli tu. Aku terus pergi dapur and buka susu tu. Sambil aku g singki, aku jenguk reban Si Tam. I wanna cry bila aku tengok pintu reban SI Tam terbuka and he's not there. Sambil senyum, aku pura-pura tanya kat kakak ngan mak.."apsal ni? kenapa? ada sesuatu berlaku ke?" 


My kakak look at me and said, you don't know either? Then, dengan nafas yang berat kakak cakap, 
"Si Tam dah mati"..........

.................................

My heart break. Ni dah kali ke-2. Aku tau yang hidup pasti akan mati. Itu adalah Qada' dan Qadar yang Allah dah tetapkan kepada setiap makhluknya yang hidup. Aku tak faham kenapa orang sanggup gugurkan anak, bunuh anak sendiri and etc..Sedangkan aku yang dah kehilangan dua haiwan ternakan aku dah rasa macam.... "KEHILANGAN... " 


Di sebalik peristiwa ni, aku teringat dengan rakyat palestin yang kehilangan orang kesayangan mereka dan ahli keluarga mangsa-mangsa pesawat MH370 dan MH17. Ya Allah, berat rasa kehilangan ni.. Engkau berilah kekuatan kepada mereka di Palestin, Keluarga mangsa MH370 dan MH17. Mungkin kepada mereka yang masih belum sedar dan memandang enteng sahaja ketiga-tiga isu ini sekarang, anda mungkin pernah kehilangan seuatu yang berharga kepada anda dan ingatlah semula....that moment when you lose someone or something dear to you...

Tam tam, selamat tinggal...Aku redha..Kakak naqibah aku pernah kata, haiwan ternakan kita tu nanti akan jadi salah satu saksi bila mulut dan lidah kita sudah tidak mampu membela diri kita sewaktu hari "perhitungan" kelak. Aku harap, Tam Tam sayang dapat jadi saksi dan bantu aku pada "Hari tu" nanti. Maafkan aku sebab takde sama waktu ngko dah nak "pergi"... Tapi, mungkin Allah tak nak aku terlampau bersedih macam waktu Coklat the rabbit and Buta the duck mati dulu.....Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Itu sudah pasti. 

Ya Allah, mungkin Engkau hendak menegur atas kelalaianku dalam sesuatu perbuatanku...
 Ampunkan aku Ya Allah... 



#Pray for Gaza #Pray for MH370 #Pray for MH17

Wednesday, January 1, 2014

Apa cerita 2014?

Assalammualaikum..
Alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah.Alhamdulillah, aku dh berjaya menamatkan pengajianku,selesai melalui temuduga sgala..hewhewhew....

Apa crite 2014? hmm...ntahla...InshaAllah kalau  smua berjln dgn lancr, aku akan mula menabur bakti kpd anak bangsaku...esyemen...then, nk mulakan pengembaraanku ke tempat-tempat orang...InshaAllah...

len-len, kita hanya mampu merancang...tapi sndiri kena ingt la...kene usaha gak...

ok, sampai sini je..lenguh jari jemariku menaip guna phone..chiow...Assalammualaikum..

p/s: Thn 2014 dimulakan dgn perjalanan ke Pulau Labuan...^_^

Monday, October 21, 2013

September dah datang...

Assalammualaikum...^^
ni sbnrny post yg ak fikir dh post...tp hkktnya..BELUMMM....papepun, nk gak post...dh crite aku, so, sekati ak la kn...mwehehe...

Ogos, dah berlalu, Syawal pun dah berlalu.. Bulan yang aku rasa nak skip ni dah datang n dah pergi pun... Oktober pulak dah nak berakhir.... Papepun, always think positive, mudah-mudahan, hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari-hari sebelumnya, InshaAllah.. Ni sebenar [ost untuk bulan Semtember ritu.. aku punyelah kompiden dah XOXO Publish ritu.. ghupenye hampeh... 

Apa yang telah berlaku bulan September ni? ha..banyak.. First, AR report dah perlu submit. Ok, yang ni aku boleh anggap dah settle. Second, Seminar Pendidikan. Ok, ni yang aku gabra tahap rasa nak beranak. Mak tulun!!. huu... Alhamdulillah semua berjalan lancar. Then, Hari jumaat ni perlu submit projek Wacana dan Masyarakat.Salah satu subjek major semester last ni. Lusa n tulat ada match bola baling. Ha, yang ni aku suka Yippiee... 23 ribulan nanti, ada match bola jaring..Yeahaaa...yang ni lagi aku suka...Yang telah berlaku plak, submit dua tugasan EDU, pembentangan lakonan, submit report n paper work Projek Internship yang lepas n aku dah lupa mende yang lain. 

Lagi satu, berat badan dah semakin naik.Hwaaa... dah puas nangis dalam selimut mengenang nasib badan nih. Oleh itu, saya sudah menanamkan tekad untuk mula menjaga makan saya. Bersenam, InshaAllah akan dimulakan. Ya Allah, istiqamahkanlah aku dengan niat suci ini..Amin..

Oleh sebab raya ritu aku tak sempat nak update, makanya aku nak juga update kali ni. Mwahahaha.. Perkara nombor satu, ruang tamu rumah kiteorang akhirnya bersiling... yeaaa.. maafkanlah diri ini sebab teruja sangatt. Mana tak teruja, bertahun asyik bersauna jek kat ruang tamu tu. Tapi, nak buat macamana, belum ada rezeki kan masa tu. Sekarang ni rezeki dah ada, itulah bapa tersayang kita cepat-cepat taruk siling, tampal tile and buat satu jamban selangkah jek dari bilik kiteorang... Ha... gile tak seronok. Bajet Lisa Surihani buat iklan kat hot.fm sangat kan.. 



Bunga tu kite yang gubah. yang kaler biru campur pink tu. Semangat aku gubah. Dah turn yang pink tu, dh tak semangat.So, gitulah rupenye... huduh sangat..tsk...tsk..tsk..


Ruang tamu kami. Langsir tu, aku ngan mama yang jahit..Yeayyy... !!


With my cousin. Danish!!! Y so cute... Sila abaikan tudung karipap aku.. 


Tadaaa...


Tahun ni Peplum 


With M3 n M6. Tiga-tiga Otw balik rumah time ni. Yang tengah dari Labuan, yang tepi dari Kuching. Masih kat Kota Kinabalu time ni. Route kami balik special sikit. Sarawak-Sabah-Sarawak. 

Isnin depan dah Hari Malaysia. Oleh itu, aku ngan kengkawan sekelas pun mengambil peluang keemasan itu untuk bercuti di Homestay Pasir Pandak. Yaaaeeyyy.... So, penginapan settle, makanan 2 hari satu malam kat sana settle, pengangkutan, settle n aktiviti tunggu perancang aktiviti . Haruslah kan ada perancang aktiviti bagai. Taklah 2 hari 1 malam kat sana semun je kan. Aktiviti pun lancorr je nanti kan.. Last sekali lepaih dh prepare semua, aku doakan moga semua yang kami rancang akan berjalan dengan lancar. Semua akan selamat pergi dan kembali semula ke IPG KTAR Kusayangi nih.

Oktober plak nanti, adalah bulan yang dinanti. Sebab, aku n kengkawan nak gi berjimba di KL,Melaka n Negeri Sembilan.. Yeayy lagi... Tiket,penginapan dan pengangkutan semua dah settle. Jangan jealous tapi, semuanya inshaAllah hanya berharga kira-kira RM220. Alhamdulillah..  Ni, ala-ala light travelling la. Pergi pun 3 hari 2 malam jek. Kira ok la tu kan. Ok, semua yang aku cerita yang belum terjadi lagi tu, InshaAllah, kalau dah terjadi aku cerita la ek. till then, ADIOS. Chiow.. Assalammualaikum..

P/S: Adik kite jelez kite nek kinabalu and rafting ritu, InshaAllah, tentang trip tu aku citer len masa k. Papepun, Keep dreaming until 1 fine day that dream will come true. Have faith in urself and The ALmighty^^

Monday, August 19, 2013

How will you use your beauty?

Assalammualaikum
How will you use your beauty? Haa.... acane tu? Macamana ble tekeluaq topik ni? Sebabnya, aku baru habis tengok satu video ni. Video ni adalah talk tentang bikini. Ok, i said it..B I K I N I... why suddenly talk abaout bikini? I didn't ask you or change myself to wear bikini depan khalayak ramai... haippp...no no no.... auraattt...hehe.. 

Video ni disampaikan oleh Jessica Rey. Jessica Rey ni Filipino-American actress and designer. Ha...sape2 yg sezaman ngan aku mesti layan power rangers kecik-kecik dulu kan?

Ha....dia ni la Alyssa Enrilé/White Tiger Wild Force Ranger dalam TV series Power Rangers: Wild Force Power Rangers Pink tu? Sape suke dia dulu? Kalau korang macam aku and adik beradik aku, kiteorng suka cop sapa suka sapa lam mana-mana kartun. Aku tak berkesempatan nak suka dia ni ni sebab kakak aku dah cop awal..haha..
Pic from Pak Cik Google


Jangan tak taw, dia ni pun ada line swim suit sendiri taw... yang sopan gitew...tp, tak ble la dipakai oleh para muslimah yg disayangi ek....sekali lagi... Auraatttt... lagi satu dia pun ada tulis buku..buku apa? cari sendiri..ngeee...

Talk ni memang sangat sesuai di tonton oleh mak bapa and kaum hawa sekalian dan seterusnya di "digest" content yang ada dalam talk tersebut. Aku sikit punya malas la nak bagi tau isi kandungannya 100% kan...bukan apa, everyone has their own perspective on every little thing. Esyemen, ckit punya cover ayat pembelaan diri itu...mwehehe...

Kak Jessica ni cakap"Modesty isn't about cover up body because they're bad. Modesty isn't about hiding ourself. It's about revealing our dignity. We were made beautiful." Weehuuu.... sep sikit kak Jessica.. 

Setuju tak kalau aku cakap, sejuk mata menengok mereka-mereka yang berpakaian sopan. Tak kiralah lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke kan? Kak Jessica pun cakap, kesopanan tu menunjukkan maruah kita. Haaa.... Kat sini aku ngan Kak Jessica ni kira nak cakap tentang kesopanan dari segi pemakaian la..Hehe...Tapi, takkanlah ko pakai baju kurung betudung ayu tetiba ngko menari shuffle kan... Agak-agakla...sekali lagi, sendiri mau piki ma...

Orite, tidak semua yang ada di kepala ku ini kucoretkan disini. Last sekali, Kak Jessica cakap "How will you use your beauty ? Penutup yang sangat membuatkan kepala hotak aku berfikir dengan sibuknya... Hehe...Apa kata korang tengok video ni sendiri and renung-renungkan dan selamat beramal ... 


P/S: Ramadhan dah berakhir, rindu nak dengar Prof Izzi dlm Al-Kisah kat Hot F.M

Saturday, July 27, 2013

Ramadhan Mubarak

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, akhirnya internship aku berakhir dengan baiknya. Sekarang tinggallah nak membuat report segala... Alhamdulillah gak sebab aku n korang semua dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini dan mampu untuk menunaikannya..Alhamdulillah.... Oleh sebab ni entry setelah lama tak update n aku pun baru melepas lelah lepas berkemas balik dr rumah sewa mlm td, makanya entry ni telah dipendekkan ceritanya walaupun aku ada banyak bende nk story...hehehe...

So, Ramdhan tiba...Ramadhan tiba... Marhaban ya Ramadhan..marhaban yan Ramadhan... heee.. Corong radio sekarang sibuk nak siar lagu raya, aku baru nk marhaban yan Ramadhan kan.. huh, tp ada ku kesahh...hehewhew.. Ramadhan tahun ni, stkt aku menulis entry ni laah, belum ada ksmptn lagi berbuka n bersahur dengan family yang berada jauh di hujung Sarawak sana..huhu... cdey taw..Tak sabar rasanya nak balik Jumaat ni..Yippi... Pergi teraweh kat surau, InshaAllah, Masak untuk berbuka, mengecat rumah, jahit baju sendiri...seperti besa..and the list goes on...n semuanya..InshaAllah.. kenapa tadak masak untuk sahur? sebab aku ni jenis tdo mati, kalau kat rumah sebab mind set mama ada masak, so, mata aku pun terpsikolah...tsk..tsk..tsk...jgn ekot taw.... 

Bestnya Ramadhan tahun ni, sebab aku berpuasa di rumah sewa ritu, So, nak makan apa, masak ekot suka..aku suke sebab aku suke masak...antara menu yang berjaya di hasilkan oleh Chef tak bertauliah yg msk sesuka hati ini adalah... tiramisu, cheese cake (siap buat besday cake utk housemates lg uolls..ahaks...opss, jgn riak...tanak tanak tanak kata prof izi).. cheezy cream yg mcm kat cheezy wedges KFC tuh...kott... ada la rasa n rupanya sdkt.... yg len dh tak ingt...HA! tak dilupa gak merepair mee yg beli kt 1 kedai ni...hadoi... crius tanak mkn kt sana lg..Huuu... msk sesuka hati korng je ekk... cium bau lepas bg kat polisterin ritu pun aku dh terasa nk nyanyi "pelamin anganku musnah" .. Eh? haha...

Pada masa aku menaip entry ini, baju rayaku, tiada satupun yang belum beli. Kenapa x buat je kn? sebab tiada lah masaku untuk mencari tailor segala..ditambah lagi, mamaku terchenta tidak sudi untuk menjahit bajuku tahun ini atas sebab kepulanganku ke kampung adalah sangat lewat dan tidaklah menang tangan beliau untuk menjahit bajuku ditambah lagi dengan baju pelanggan-pelanggannya yang len... fuuhhh... semuanya ayat frust dan berduka ... Nak pegi beli ..Hmmm..bila ek nk keluar..haaa..ni lagi satu prob.. papa pun, aku td ckp tanak buat entry pnjng, tup tup pnjng gak...dh la merapu kn..so, utk mengelakkan aku bertambah merapu....i Chiow lok... hehe.. Assalammualaikum dan selamat berpuasa.. (dibaca ala-ala prof izi...kekekeke..)..

p/s: Rasa nak cari doraemon 1 then putarkan masa cepat-cepat pegi hari jumaat ni, sak ble balit awal... yeaaa... prof izi ckp: Khurafatttt...so, sku dengan pntasnya menjawab.... TANAK TANAK TANAK... ^^ 

Saturday, June 22, 2013

The Return

Assalammualaikum...
Haaaa... jangan saspen..entry I bukan nak buat muvi review bagai ye...I'm sorry, dah lama la tak g wayang, so, aku sangatlah so yesterday ok...huhuhu... nak nagis bagai pohai. Bagi aku takde mende pun, kalau best, citer melayunye tunggula raya tahun ni o raya depan kan. Citer englishnya pulak, tunggula dua tiga bulan lagi, keluar la kat HBO ke, FOX ke, MAX dan sebagainya di ASTRO itew.. Hohoho...sape2 dok baca ni mesti cakap "Mak aieh, kedekut nak mampus minah ni...tiket wayang bawah RM20 je pown.." kalau tak pun.. "Hampeh la kau pompuan, tak menyokong industri perfileman langsung. luar negara pun tak sokong, apatah lagi tempatan punyer".. dan sebagainyew.. Tapi, kalau korang tak terfikir macam tu baguslah..*Tepuk tangan bagi tepukan gemuruh* .. 

Ala..aku bukan tak nak menyokong industri perfileman ni pun, masalah nye, tiket wayang tu beli pakai duit, bukan pakai daun macam Liyana Jasmay buat magic lam citer ASTRO RIA tu.. So, kat cni aku nak cakap, aku sebenarnyee takde duit yang banyak untuk dibelanjakan ke panggung-panggung wayang yang terdekat mahupun jauh.. sekian terima kasih.

Mukadimah kemain panjang kan...haha.. orite apa The Return tu? Haaa, The Return kat sini nak cakap tentang tak lama lagi, aku dan beberapa kawan aku akan kembali ke sekolah untuk program Internship dan kembali semula ke rumah sewa yang kami chentai...hehe... Nape tetiba plak nak citer bende ni kan? Sebelum ni, aku tak citer pun kan aku pergi menyewa, buat praktikum , bla,bla dan bla.. sebab? Senang je, line tenet susah sangat nak dapat n kalau ada line pun, akan digunakan sepenuhnya untuk mencari maklumat untuk cikgu Murni ni mengajar and melawat kawan-kawan di alam maya yang bertanya khabar.. hehe.. 

Tadi aku ngn housemate aku yang len pergi rumah tu sebab nak ambik kunci dari Pak Cik Tuan Rumah. Rinduuuunye dengan rumah tu, haaa, lagi satu tak lama lagi puasa kan, rumah tu dekat dengan surau.. InshaAllah, bolehla aku ngn rakan-rakan aku menambahkan pahala ibadat di bulan Ramadhan iaitu teraweh secara berjemaah dan merapatkan silaturrahim ngn orang kampung kat sana. Untung-untung dijemput beraya kat rumah diorang raya nanti ya dak?...HAHAHA...ok, lupakan niat kurang suchi itew ye.. 

Baiklah, sebelum saya terus merepek hampir nak tengah malam ini, haruslah saya mengundur diri. Ok, jaga diri anda. Chiow.. Assalammualaikum...

P/S: Kalau ada duit aku tengok taw wayang kat panggung... Tolong jangan berpandangan serong ek..

Friday, June 21, 2013

4 minggu

Assalammualaikum..
Hihi.. 4 minggu??? yep, dah 4 minggu aku tak hupdate belog aku ni..hahaha... adoi la.. 3 minggu cuti, 3 minggu tu jugakla aku mencutikan diri sendiri dari mencutikan diri sendiri dari blog ni. Termasuklah 1 minggu selepas cuti berakhir. 

Tak update blog and buka my home ada pape masalah ke? Aku ada tetinggal kereta api ke o kapal terbang ke? haaa...kadang-kadang sesetengah orang akan berfikiran macam tu. Yep, banyak sungguh yang aku tertinggal. Salah satunya, Irine dah ada baby girl !!! yea!! 27 Rejab hari tu, Irine selamat melahirkan seorang baby girl yang berambut lebat....yeaayyy.. *tepuk tangan laju2*. Jangan tak taw, aku ni peminat blogger irene tu tawww...hehehe...so, Tahniah Irine and family atas kehadiran orang baru dalam keluarga uolls.. hehe..

Sekarang dah masuk minggu kedua kuliah bermula. Aku dah masuk semester akhir !!!.. yaaaeeeyyy lagi... Alhamdullillah....ni adalah 6 bulan terakhir setelah 5 tahun betungkus lumus anda melalui banyak onak duri dan dugaan..heee...kepada yang mengetahui kisah-kisah aku dari dulu sampai sekarang, sudah tentunya akan  berkata "Habis gak engko kan"... Well, rezeki Allah ada di mana-mana. Cerita kita ditulis olehNya, siapa kita nak berputus asa di tengah jalan dan menidakkan ketentuannya...kaaannn.. So, never ever give up coz Allah always there for you...

Lagi seminggu, internship aku n kawan-kawan semester akhir akan bermula. Internship sebulan, tinggal kat rumah sewa, bulan Ramadhan, 3 projek untuk sekolah, and the list goes on.. Macam busy semacam kan, tapi aku task sabar nak lalui semua tu. Satu bende je yang buat aku sedikit tidak termotivasi.. Seminar AR.. waaaaaaa... nabes laa..lebih nabes dari waktu pembentangan projek inovasi tahun lepas. Sebabnya, bentang atas pentas kot..dengan penonton nya lagi..persamaannya cuma ada panel yang akan menilai and diorang akan menanyakan soalan dengan nada penuh curious..Ok, tu memang hak diorang tapi masalahnya sini adalah aku NERVOUS...huuu... papepun, life must go on..mudah je Murni, engko tanak buat bagus-bagis, tanak bentang, ngko tak grad, ngko tak keje n then, ur stuck ! haaa.... macam tu la aku selalu cakap kat diri sendiri..So, hadapi semuanya dengan iltizam yang tinggi ek..haha engkau iltizam tu... 

Orite, setakat di sini saja luahan hatiku..cheewaahh.. inshaAllah, aku update lagi len kali. Chiow... Assallammualaikum.. 

P/s: Kepada para muslimah yang disayangi yang belum habis qada' puasa lepas, sila2 lah mengqada' ok, kang x memasal mendouble ganti tahun depan, nisfu Syaaban dah dekat, maksudnya kurang dari 20 hari je lagi kita akan berjumpa semula dengan Ramadhan.. InshaAllah ^^