Saturday, April 16, 2011

Ke hadapan para pemimpin, bakal pemimpin, yang baru hendak memimpin, yang bercita-cita nak jadi pemimpin, dan yang sewaktu dengannya....

Asslammualaikum...apa khabar? sihat? moga-moga sentiasa sihat sejahtera di bawah keredhaan Allah...ehem..ehem....heee ^^...kelmaren, baru je berlangsung Pilihanraya DUN Sarawak...kepada sesape yang mengundi tu...tahniah kerana telah melakasanakan tanggungjawab anda sebagai pengundi...hmm...sapa menang, sapa kalah, sapa yang jatuh, sapa yang naik, x naklah crita....berita online ada banyak...baca sendiri k...hehe....sesuai dengan entri kali ni, aku nak konsi lah satu kisah pemimpin terulung kita, kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W...ok, tak nak cakap panjang-panjang, silalah membaca di bawah ok...^^



:: Suatu ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjamaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah SAW di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi Baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.
Selepas solat, Umar RA yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau yang serta-merta beliau sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah SAW tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, Alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan?” .”Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah SAW tetap tersenyum.
Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja” beliau rasakan sudah tidak cukup lagi, Rasulullah SAW mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat. Kelihatan perut Baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.
“Ya Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika engkau mengatakan sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”
Beliau menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”
Beliau mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”
Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat beliau terdiam seketika ,ada yang ,menangis teresak terharu.
Mahasuci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana Baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dari-Nya.::

Kredit kepada http://skluagan.blogspot.com/...aku dapat artikel ni dari sana. Tapi, admin kat sana post sebelum pilihan raya...Pada pendapat aku lah kan, peringatan ni, bukan sahaja untuk pemimpin-pemimpin negara. Tapi, untuk semua jenis pemimpin, selagi dia memimpin sesuatu organisasi. Tak kisahlah kecil atau besar organisasi tu. Ok, dah baca, renung-renungkan, macamana pula cara pimpinan kita? Bukan untuk menyindir sesiapa...tapi untuk peringatan bersama...ok, sebelum aku chow, nak kongsi sedikit gambar penyejuk hati, ..hmm salah satu pahala yang kita ble dapat free adalah melihat pantai dan sungai dengan memikirkan kekuasaan Allah, so...enjoy..:







0 comments:

Post a Comment