Tuesday, January 31, 2012

Awan nano....

OTW pegi kelas

Asslammualaikum...^^ ha..ni bukan nk cite pasal Hafiz menang AJL..tp, nk share gambar kat atas ni...Tapi? apsal awan nano ni dikatakan awan yg melindungi? maksudnya, kecuali awan hitam yg alamatnya nak hujan tu jela bukan awan nano kan? tp, aku blaja geo, tadak pulak rasanya dalam "syllabus" ..hehehe....ok, aku merapu...papa pun, pokok pangkalnya..awan ni salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T... Sambil kite tengok awan tu...Ucaplah Subhanallah...dan Alhamdulillah..bersyukur, kita dibagi kesempatan untuk melihatnya...bukan setakat awan jek taw...semua yang berada di sekeliling kite ni, merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah...gara-gara sibuk ambil gambar, aku lupa bawa laptop..haha..tak pepasal balik g bilik semula....XD...masih dalam proses membersihkan sawang-sawang kat sini..ADIOS....salam ^^

P/S: Gambar kat atas ni ambik guna handphone memandangkan aku tak rajin nak membawa Mr.D g kelas hari-hari..hihihi... rajin gler kan kalau aku bawa Mr. D yg besar gedabak tu hari-hari g kelas kan...^^

Monday, January 30, 2012

2012 dunia berakhir? bla pula masalah kelemumur akan berakhir?

Assalammualaikum...hehehee....saje je bwat entry gempaq..x ble blah langsung la ayat iklan tu...haha.... tadak pape sebenanye....nk membersihkan sawang-sawang lam ni..hehe...dh lama x update..^^...skrng lam kelas, gambaq tadak.Tinggal kt asrama...so, x ble le nk upload...so, tu je dlu...ADIOS....salam ^^..

Tuesday, September 6, 2011

Otw balik lawas

Dah pernah naik Twin Otter? kalau tak pernah, jom ...

hehe....ble tngok pilot dari tmpt duduk

"Fasten urseatbelt and ready to take off"

Tak ingat ni kat kawasan mana...yang penting ni kat Sarawak.

Through the windows at my seat

Read all the information about ur own safety when u fly wif twin otter first

Hmm....i guess everythng juz ok..hehe...tak faham satu mende pun ^^

Beliau sangat fokus

Another 10 years fr now, this river will create more than 1 horse-shoe lake in this area


The "Buttons"..hehe..

You can see it only in Twin Otter

Nak cuba....tp entah bla la dpt... 

Btol3x ^^

..Empty..

This is my primary school, S.K Agama (MIS) Lawas, Sarawak

Ready to landing at Lawas Airport

Alhamdulillah....Tiba dengan selamat ...

Experience this journey yourself. Let see whether you can handle your  fear flying in the small aircraft. From Lawas, you can use the same type of aircraft to Ba'kalalan. Place where you can taste the fresh Malaysia's Apple straight from the Apple's farm.But remember, ask the farm's owner first ok...hehe

Sunday, July 24, 2011

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan


Gambar di atas di ambil di Pantai Pandan, Lundu. Setelah sekian lama aku mengidam nak datang Lundu, akhirnya diperkenankan oleh pihak IPTAR..cheewaah..mana ada,aku and batch aku pegi Lundu untuk memenuhi tuntutan program BIG yang diadakan setiap semester and lucky for me because this time, that programme was held at Lundu. Walaweyh...ter"speaking" sudah saya ni...ok, nape entry ni bersangkut paut dengan gambar di ats and BIG kat Lundu? sebab...BIG kali ni, aku diamanahkan untuk menjadi ketua AJK Dokumentasi dan Teknikal. Jawatankuasa yang selama ni aku persoalkan kenapa hanya lelaki yang pegang. Tup..tup..aku plak yang merasa pegang jawatan ni. Mula-mula memang la macam makan kuaci je..tapi, dah kat Kem Alapong (Kem tempat kami tinggal kat Lundu),aduh, tetiba rasa macam makan durian...sebelum makan, rasa susah nak buka buahnya....haaa..macam tu lh aku nak analogikan...Nak siapkan mende alah tu, bukannya senang...Susah bukan sebab apa, tapi sebab kekangan masa and laptop aku yang dah berumur nih .Bukan tak bersyukur, tapi faham-faham lah kalau dah "berumur" kan.....^^ .Tapi, mende-mende tu semua dah ajar aku and bagi aku pengalaman yang sangat berharga. Salah satunya, HARGAI MASA..kenapa? sebab masa tu hanyalah pinjaman kita dari Allah S.W.T. Kenapa kita Allah bagi pinjam? Sebab Allah dah bagi kita amanat untuk apa kita dicipta di muka bumi ini...^^.. Alhamdulillah  semuanya berjalan lancar with help from my commited AJK and izin Allah...Kun Fayakun...Kalau Allah dah tetapkan aku gagal laksanakan tugas aku haritu, walau 1 batch termasuk lecturers yang tolong pun, aku tetap akan gagal.  Love my AJK's commitment towards their works verry much...sosah nak dapat AJK gitu tau..Tapi, satu mistake...aku lupe nak ambik gambo sekali ngn diorang, nak ambik pasni rasa macam dah basi je kan..haha...ok, that's all for now...



P/S: Jangan bersedih dan merungut dengan ujian yang Allah bagi kat kita, sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya jika Allah tahu bahawa hambaNya itu tak mampu itu tempuhinya...
redha dan pasrah dengan setiap ujian amatlah dituntut...sesungguhnya setiap ujian yg kita lalui itu ada hikmahnya...Allah menguji kita kerana Dia mahu kita tahu bahawa Dia sayang dan ingat kan kita...manusia sering lalai dan alpa dengan dunia...kadang kadangg sampai lupakan Allah...kita kena ingat bahawa Allah adalah kekasih sejati dan abadi kita..adakah kita sanggup walau sesaat melupakan kekasih hati yg dicintai..tentu tidak kan...???Ingatlah Allah maha pengampun:-))

Monday, July 4, 2011

Hidden Beauty


Assalammualaikum....hiyahh!!! lepas je buat larian 1 murid 1 sukan sabtu lepas, sampai sekarang badan aku masih orang Sarawak cakap cerah...maksudnya ikut pemahaman aku, sengal-sengal lenguh macam tu...Tu la, orang cakap, rajin-rajin bersukan, taklah otot-otot tu tekejut bila dibawa belari. Tapi, rasanya bukan aku sorang kot, sebab lepas hari sabtu tu, ada la beberapa orang jalan sepesen je, ketawa pun tak leh lepas sebab nanti perut sakit...hehe...simptom-simptom otot-otot diorang tekejut tuan diorang tetiba lari le tu.. ^^. 
Ok, kita tinggal cerita sabtu lepas, sekarang nak cerita tentang tajuk entry kali ni n gambar kat atas tu. Gambar kat atas tu dah lama ambik sebenarnya. Tapi, baru sekarang upload dalam blog ni sebab entry kali ni, amatlah sesuai dengan gambar tu. Kenapa hidden beauty? sebab aku nak cakap tentang keindahan sesuatu yang dekat ngan korang, tapi korang tak pernah sedar. Macam bunga kat atas tu. Bunga tu hanya Bunga Kertas biasa. Kalau tanya kat kawan-kawan aku kat dalam maktab ni pun, hanya beberapa orang je kot kat mana lokasi bunga ni. Kenapa? Sebab, bunga ni kalau dilihat seimbas, memang suram je, tak nampak apa yang cantik pun. Tapi, kalau dilihat secara dekat, lama, and aku pun tak ingat apa perasaan aku time tu, bunga tu memang cantik. 
Macam tulah juga kita manusia, tak kisah lah sesuatu tu, objek atau manusia. Kalau objek, kita maybe tak rasa benda tu cantik, tapi bagi orang yang tahu menghayati keindahan objek tu, dia akan cakap objek tu cantik. Kalau manusia pula, kalau kita tak pernah nak melihat secara dalaman, isi hati atau hati budi seseorang tu, kita tak kan dapat nak menghargai apa yang dia buat kepada kita. Jangan menilai orang dari luaran. Allah pun tidak suka hambanya berburuk sangka terhadap sesuatu. Jangan cepat menilai orang, selidik dahulu. Hari ini pensyarah aku pesan, "Sebenci-benci atau segeram-geram manapun kamu dengan seseorang tu, ingatlah budi baik yang pernah dia buat kepada kamu. InshaAllah, marah atau geram kamu tu akan reda"....

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara".  H/R al-Bukhari.

So, renung-renungkan, hanya sebagai peringakatan kepada diri sendiri yang alpa dan sesama manusia. Sampai jumpa..jaga diri and ceria selalu ..Wallahualam...

Friday, July 1, 2011

Pohon HIjau


Pohon hijau itu berdiri kaku 
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku 

Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi 

Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan 

Begitulah diibaratkan 

Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu

Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu 

Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman 

Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan 

Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku 

Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan 

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi 

Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman

Ingat-ingat teman kita kan pulang 


Pohon hijau itu kini kaku 
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

Saturday, June 25, 2011

Kuliah dah mula...

Assalammualaikum....sedar tak sedar, sekarang dah masuk semester 4 aku kat IPG ni...Dah masuk seminggu kuliah mula, tugasan-tugasan pun dah mula di bagi walaupun tugasan tu bukan di hantar dalam masa terdekat ni, tapi.....huh...sem ni macam banyak guna tenaga tulang empat kerat kami...koootttt...hehehe...Tapi, sem ni macam bessstttt je...papa pun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Kita perlu berusaha n berikhtiar untuk mencapai apa yang kita rancang,tak lupe juga doa sebagai pertolongan..selebihnya, bertawakallah kepada yang masa Esa....InshaAllah, semuanya berjalan lancar...

Nak kongsi satu gambar kat kali ni. Gambar adik aku Lija time  kat tepi pantai depan Kem Tentera Lok Kawi, Sabah.