Banyak lagi sebenonye..p, laen kali aku masukkan lagi k.... ^^
Tuesday, February 1, 2011
Matang Family Park
Kelmaren, aku dan kawan-kawan aku buat trip pergi Matang Family Park. Matang family Park ni letaknya kira-kira 22 KM dari Banndar Kuching. Kat tempat ni, sejuk....salah satu sebabnya, tempat ni terletak di lembah kat Kaki Gunung Serapi. Air kat sungai die pun sejoook...aku tak g mandi, letak kaki je..hehe..Nama Sungai tu plak, kalau tak silap, Sungai Cina. Tempat ni buka, dari jam 8 sampai jam 5 ptg tiap hari termasuk "public holidays". Kami yang pergi ni, ada 22 orang, 5 buah kereta. Kami kumpulan pertama yang sampai, sebab bertolak awal dari maktab. Beli ikan kat pasar sebab ikan x beli lagi...dalam jam brapa ntah, baru semua kumpul. Then masalah timbul sebab lupa beli macam-macam barang.....harharhar....nasib ada kedai kat simpang nak masuk Matang Family Park tu. Disebabkan oleh masalah tersebut, maka kami pun lambatlah menikmati santapan kami....(Minta maap kawan-kawan).. InshaAllah, kalau ada trip lain kali, masalah-masalah tersebut tidak akan berulang lagi...ok, malas nak panjang-panjang cerita, rekalah cerita sendiri dari gambar-gambar kat bawah ni. Bak kata mereka, "a picture is worth a thousand words"...chow...salam ^^
Ala-ala reunion gitu
Isnin lepas, aku keluar ngan kawan-kawan aku, sama maktab, tapi jarang nak borak lama.Name je sama maktab..hehe..Aku bawa sekali Mr. D aku, so, dapat la merakam kenangan reunion kami ni konon...hakhakhak...So,tak nak panjang cerita, layan je gambar-gambar kat bawah ni k..^^
umi dah ready nak makan
Gerbang ni OTW nak g Food Bazaar dalam The Spring...Cantikkan..
Umi , model tak perlu bayar..kehkehkeh..
Ni Paulus, kalau jalan sama die ni, tak kering gusi kita dibuatnye..
Palek perabih twister fries aku....
Palek senyum separuh hati..umi senyum,dari hati..hehe...
Za8, classmate aku dari form 1 sampai sekarang..^^
Ni pun classmate aku dari form1, sekarang bukan classmate lg, tapi masih sama tempat belajo...
Umi plak, classmate aku time sekolah rendah, then pisah time sekolah menengah,habis sekolah menengah, jumpa balik kat maktab..
hehe...jangan salah sangka, kami pergi MBO bukan untuk tengok wayang..duduk je kat luar tu sebenarnya...
Sunday, January 30, 2011
Ice Breaking
Salam...alopz..hehe.oleh sebab ni post pertama aku, molek lah kiranya andai aku meng"introduce" diri aku sendiri. Introduce gitu-gitu jela ek..Starts with...kenapa dunia Alwani? hee..ok, alwani tu, maksudnya,warna warni. Aku buat blog ni, sebab nak kongsi ngan pembaca kat luar sana kehidupan aku sebagai guru pelatih di bumi Sarawak ni. Dipendekkan cerita, Alwani tu, sebahagian dari nama aku. Murni Salwani binti Usop. Next, tentang bahasa yang aku guna dalam berblog ni. Ok, aku guna bahasa ni, satu sebab aku suka and dua sebab semua orang faham. Kalau nak berblog guna bahasa ibunda aku, adele waktunye nanti aku guna bahasa tu. Buat pengetahuan semua, bahasa ibunda aku, bahasa Melayu Brunei. So, ada slang sabah sikit. Gitulah serba sedikit tentang aku yang boleh aku kongsi. Lain hari, aku cerita lagi...chow..salam ^^
Ni, kawan-kawan sekelas aku.Kerja diorang, bergambar..hahaha..
Subscribe to:
Posts (Atom)






















