Saturday, May 4, 2013

We are Sainsrian

Assalammualaikum..
How are u readers? Sebelum mula merapu, dengan suka citanya aku ingin mengucapkan selamat mengundi kepada yang boleh mengundi.Pilih dengan bijak kerana masa depan negara terletak pada diri anda sendiri. Betul ke tidak? ha... tepuk dada, tanya selera sendiri ye... orait, mukadimah PRU ni tadak kena mengena pun dengan tajuk entry aku kali ni, tapi tak kan nak pandang sebelah mata je hari bersejarah ni kan? eheemmm... ok, sebelum saya merapu dengan lebih panjang tentang PRU ni, mohla kita pergi ke tajuk asal ye..

Kami yang dari SM Sains Miri banyak sambung study kat IPG KTAR ni. Jadi November lepas, kami bebudak Sains Miri dari senior sampai junior yang baru masuk berkumpul depan Dewan Sri Samarahan (Dewan kiteorng) untuk... PhOTOSHOOT.. haha... photoshoot lah sangat.. 


Alhamdulillah, cuaca pun bagus masa tu..


Jhowie, rakan photographer and of course kawan sejak sains Miri dulu.. so, dah lebih 10 tahun dah kenal..


Ni pun rakan photographer and rakan dari Sains Miri. Dennis Jamah.


Antara senior dan junior Sains Miri kat IPG KTAR ni.. Maz, Atiq,Dewi, JC and Kak Efa.


Kiri Fadzli aka Palek .Kanan, Tom aka Franklin.. Fadzli memang classmate aku dari form 1 sampai masuk IPGTAR (nama dulu) untuk 1 semester.. lepas aku tukar course, maka kami terpisah..terpisah kelas je pun..


Ok, ni lah kami... Photographer kami time ni lantik Siti dan Fahmi (classmates aku sekarang) Hehe...tak memasal kan... 


Mereka dengan bajet cute... euuwwww..ngeee


Ambik sudut tepi dulu barulah nampak takde muslihat camera..haha.. ngko pikir korang tengah buat magic murni... tsk..tsk..tsk... iyelah, kot2 ornag cakap eyh2, sudut ni dia nampak comel la.. haaa... bolela stiap kali begambar ambik dr sudut tu.. ya dak.. ok, aku meraban..


Orait...ni dari depan... tau tak apa yang best bergambar hari petang. Bukan senja tau.. kang betambah plak sorang warga Sainsri kalau bergambar senja..Ha, time tu sendiri jawab la..Aku suka gambar aku di waktu senja adalah kerana aku jadi putih daripada biasa..mwehehehe...





Tadi bajet cute, sekarang bajet hensem.. bwwuweekk.. 


Bye2 Dennis,Palek, Jhowie and Kak Effa.. huhuhu... rindunyee... 


Terimalah pose kami yang sangat limited edition...bhahahaha...


Gambar ini dan seterusnya menceritakan tentang aku dna mereka berdua. Siapa mereka? Merekalah khadam-khadam beta.. baik, sebelum dilempang oleh mereka saya membetulkan statement itu. Mereka ni lah kawan itew dari form 1 sampai la sekarang tahun 2013. Lagi-lagi Zaid. Dari form 1 sampai sekarang kiteorng jadi classmates taw.  Fuuhhh... KLMJ tol.


Ok, semua masih berada dalam keadaan normal 

Ok, sekarang posing ala-ala porokszz..


Kemudian ketawa puas-puas..

Sekarang ni, palek dah pergi..haip..jangan fikir yang bukan-bukan. Palek dah dipostingkan entah kemana.. Dah lama tak ctc. Aku ngn Zaid plak masih menyambung cerita kami di IPG KTAR Kusayangi...  Tahun ni last year kami sebagai guru pelatih. InshaAllah, tahun depan dah jadi guru... doakan kami semua success ya di mana-mana pun kami berada di bumi Allah ni.. Nanti-nanti itew sambung agiew ye.. (minta lempang ke murni guna bahasa bajet cute..) hehe... ok, Chiow..Assalammualaikum..


Terima kasih sudi baca entry ni .. Tabik hormat dari aku dan mereka untuk anda ^^

Tuesday, April 30, 2013

Praktikum 2: S.K Plaie, Samarahan ^^

Assalammualaikum...
Tadi dah cakap kan, aku nak update ceghiter-ceghiter aku sepanjang 6 bulan lepas. Dahtu siap taruk gambar lagi ala-ala nak menjana minda murid and meningkatkan kemahiran berfikir murid semasa set induksi berjalan...ok, kalau nak tau cegiter pasal gambar tu, haruslah anda terus membaca entry2 dari saya kerana saya akan memulakan cerita bermula dari September 2012 sedangkan ceghiter pasal gambar tu adalah pada bulan lepas...ha...engkau panjang kot mukadimah...maafkan saya...

Ok, selepas puas merapu, inginlah saya mengkhabarkan kepada anda sekalian bahawa bukan setakat praktikum fasa 2 yang sudah berakhir. Malah, praktikum fasa 3 pun sudah seminggu berakhir...Mwuehehehe... Tapi, kalau aku tetibe terus update ceriter latest punye macam lompong semacam...so, let me be ye... TQ... (aku excited nak citer sebenaqnya)

Tapi, untuk memendekkan masa and mengelakkn otak aku bekerja lebih masa dengan mengingat tarikh-tarikh and peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang praktikum fasa 2 berlangsung, moleklah kiranya andai saya menunjukkan sahaja gambar-gambar yang berkaitan ok... 

SELAMAT DATANG KE S.K PLAIE, SAMARAHAN




PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH 





 PROJEK UNTUK SEKOLAH - Mutiara Kata

Ngehehe.. tengah2 sibuk nak melaminate kertas-kertas tu, tetiba keluar asap and bau hangit.. Hasilnya selepas keluar dari oven.. err..dari mesin laminate..hee..

Yep.. 

With year 5. 7 ppls only..tapi, cabaran nak ajar kelas ni.. sangat menguji kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif aku taw...


With year 4. Kelas ni sangat meriah..kadang-kadang, anda akan mendapati seorang atau beberapa pelajar anda hilang dari pandangan. Jangan panik !. Sila cari bawah meja, InshaAllah anda akan menemui mereka yang sedang tersengih-sengih melihat anda seolah-olah anda dan mereka sedang bermain sembunyi-sembunyi dan anda berjaya menemui tempat persembunyian mereka. Selepas itu giliran anda pula untuk bersembunyi.. Cheh ! Bersembunyi mende.. dan dan tu juga aku bagi khutbah panjang kat diorang.. haaaa engkau, jangan maen-maen ngn cikgu Murni...

KLINIK UPSR DI UNIMAS-Anjuran Berita Harian









 BERSAMA GURU BESAR S.K PLAIE, CIKGU ACHONG

MENAMPAL DAN MENGHIAS BERANDA- PROJEK SEKOLAH

Sebelum

The Making of

Tadaaaaa...

Again..Tadaaaaa....

 Sweet tak...sweet tak... (muntah)

HARI TERAKHIR DI S.K PLAIE


My practicum phase 2 partner nana with the teachers. Yang kiri sekali tu guru pembimbing kami, Cikgu Saripah.. Sangat membimbing and sporting.. ^^

Ha...dia bukan nangis taw, budak ni tengah berusaha mengingat sifir. Sifir berapa, ak x hengat... gigih kan..




Yay!! Peace fr me n the teachers of S.K Plaie


Ok (Lec aku pernah tego tolong kurangkan penggunaan ok. Tp, nak buat jugak.Aku peduli hape..mwehee.. ) Back to the story, Overall, praktikum 2 bulan di S.K Plaie sangat menyeronokkan.. Siyes, masa aku tengah taip ni, aku rinduuuu sangat kat murid-murid and cikgu-cikgu kat Plaie..  =( .

P/S: Sila bersabar menunggu cengiter seterusnya OK... ^^

Tora datang lagi ^^

Assalammualaikum..

Hye, sibuk je memanjang...sedar tak sedar dah 6 bulan tak update blog..huhu...oleh sebab itu, terpaksalah aku mengupdate sape2 yang baca blog ni dengan cerita aku sepanjang 6 bulan lepas..ngahahaha... janji aku puas kan... orite tu je untuk entry kali ni... sebab tu tajuk entry pun gteww, nak mengalu-alukan kedatangan aku semula..haha...


Haaa..nak tau apa ceghiter di sebalik gambar ni, tunggulah entry seterusnya..bila tu? paling cepat lepas ni...paling lambat, ntah...6 bulan yang akan datang kot...hahaha... InshaAllah aku akan menggigihkan diri aku menghupdate criter-criter aku sepanjang 6 bulan ni ok..^^ .. chiow..Assalammualaikum...


P/S: Tiap kali nak exam, baru aktif nak update blog.. mweheehehe... ^^

Saturday, October 6, 2012

6 Oktober 2012-Hari Sukan S.K Tambay, Samarahan ^^

Assalammualaikum..
hihi...lamanya x update blog ni kan... besawang laaagiii... ok, disebabkan aku tak berapa nak sihat untuk keluar gi mana-mana hari ni, aku ambillah kesempatan ni untuk update blog.. huhu..tadi baru lepas call mama..mama ngn bapa tanya, tak sihat lagi? lepas tu, aku gi plak ceghita kelmaren pergi sukan sekolah, mama tanya lagi: Aik, batuk2 selesma pun pergi hari sukan? aku dah eerrrkkk... huhu... 

Ok, enough with my health status..haha.. semalam aku gigih and 3 lagi kawan aku gigih sangat..macam buat explorace pun ada.... nak ceghita, semalam, aku ngan beberapa gegurls kelas aku pergi ke hari sukan sekolah tempat kami pernah berpraktikum. Meriah !! best sangat..Tapi, part paling best bila dapat jumpa ngn students aku balik ^^.


Bebudak tahun 6. Cikgu doakan, korang akan dapat result UPSR yang gempaq and dapat menjadi insan yang sangat berguna kepada diri sendiri, keluarga,agama, bangsa dan negara.. Cheewaahh..kata ganti diri bertukar tuh..haha...


Rasa-rasanya, ada diberi markah perbarisan, tapi minah sorang ni selamba badak die je bagi peace tengah perbarisan...haha...apa-apa pun, cikgu tetap sayang..hahaha.. gitu kan... ^^


Hihihi....walau bepeluh macamana sekalipun, korang tetap comel di mata cikgu yang ayu ni..ngahaha.. ^^


Arghh... cikgu tak boleh gerak !!! ...haha...semua pakat2 memadatkan diri ..


Aku ngan bebudak y6 semua dah ready pose ayu, boleh pulak bebudak 3 orang tu masuk tetiba...haha...nak marah pun x da rasa nak marah...last2...hahhaahhaha...ketawa je secara berjemaah dengan diorang sekali..



Them: Cikgu cepat ambil gambar ! kaki kami panas !
Me: Siapa suruh korang tak pakai kasut ..Ha...berdiri kat sana cikgu nak ambil gambar.. hahaha... jahatnye aku...

Habis bergambar je, semua lari lintang pukang balik bangunan sekolah..haha...maafkan cikgu ...cikgu nak ambil gambar banyak2..nanti cikgu rindu...huhuuuuu... 

Rasa-rasanya, sampai sini dulu . Kepada para guru pelatih yang akan pergi ber"praktikum".... Positifkan diri dengan environment yang baru dan mabil pengajaran dari setiap apa yang berlaku..hehe.. apa kaitan? hanya aku and mereka yang faham yang tahu... ok, chiow... assalammualaikum... 


P/S:  Hari ni mama, bapa, kakak, ngangah, and adik kite pergi KK sebab esok pagi dah bertolak pergi Penang. Best nye... Hari Jumaat baru balik sini...waaaaaa..nak ikut !!! p, papa pun, selamat berkonvo kakak ku Murni Susanty Usop ^^

Saturday, September 1, 2012

Rezeki Allah ada dimana-mana...

Assalammualaikum...alhamdulillah, hari ni masih berkesempatan untuk aku post entry kat blog ni... Hari tak pergi mana-mana, InshaAllah...Semalam dan hari sebelumnya, dua hari berturut-turut pergi beraya kat rumah pensyarah, kawan n cikgu kat tempat berpraktikum sebelum ni. Sangat meriah walaupun dah masuk 15 syawal. Hari ni pun masih ada rumah terbuka...tapi, sebab aku tak dijemput, takkan aku nak terhegeh-hegeh pergi kan...kerja menimbun belum siap kot.... hahaha... Rezeki Allah ada dimana-mana sahaja...tinggal kita yang berusaha dan berdoa moga rezeki yang kt ada tu berkekalan . Jangan lupa menyatakan keyukuran atas setiap rezeki yang Allah berikan... Sebab Allah suka hambanya yang sentiasa bersyukur... ^^ 

Ok...rasanya tu sj le kot..haritu janji nak upload gambar awan-awan masa dalam flight kan....So, enjoy...chiow, Assalammualaikum...








P/S: Kelmaren birthday kite dalam kalender islam.... ^^