Meet my Sayang... Aku bagi nama Si Tam...tapi kalau panggil akan jadi.. Tam Tam... Sebab? mudah jek, tengoklah bulu-bulunya itu.. Hihi.. TT_TT.. kami dah bela Tam Tam dari kecik tapak tangan. Nak panaskan tido pun lilit dalam selimut jek. Sangat comel...
Arnab ni sekejap je membesar..pejam celik pejam celik, Tam Tam dah besar dah..Tam Tam arnab yang manja, suka buli Si Tegar, my wobbly cat and sangat jinak. So, kalau lepas dari reban pun tak payah risau. Panggil jek, dia akan datang g kaki kita.
Hari ni, dari pagi aku busy memanjang, sempat jenguk pun pagi tadi je. Reban pun aku baru cuci dua minggu lepas. Cadangnya nak cuci sebelum raya ni. Pagi tadi pegi pasar, aku beli air susu satu kotak besar sebab aku tau Tam Tam ngn Si Tegar memang suka minum susu. Tapi, sampai waktu berbuka aku tak sempat nak jenguk and bagi minum susu tu. Lepas solat semua, aku pegi buat keje yang urgent nak hantar esok (and aku janji kat diri aku sendiri, aku tanak buat kejer gini lagi). Tengah buat keje ni, aku dengar kakak aku citer ngan mak n bapa dalam suara rendah je. Aku pasang telinga and dada pun dah berdebar-debar bila aku dapat teka yang ada salah seekor haiwan ternakan kami mati. Then, kaka cakap " dia kan pandai tolak pintu reban sendiri" At that moment my mind went blank and i don't want to accept it coz, no one tell me anything bout him. Then aku teringat susu yang aku dah beli tu. Aku terus pergi dapur and buka susu tu. Sambil aku g singki, aku jenguk reban Si Tam. I wanna cry bila aku tengok pintu reban SI Tam terbuka and he's not there. Sambil senyum, aku pura-pura tanya kat kakak ngan mak.."apsal ni? kenapa? ada sesuatu berlaku ke?"
My kakak look at me and said, you don't know either? Then, dengan nafas yang berat kakak cakap,
"Si Tam dah mati"..........
.................................
My heart break. Ni dah kali ke-2. Aku tau yang hidup pasti akan mati. Itu adalah Qada' dan Qadar yang Allah dah tetapkan kepada setiap makhluknya yang hidup. Aku tak faham kenapa orang sanggup gugurkan anak, bunuh anak sendiri and etc..Sedangkan aku yang dah kehilangan dua haiwan ternakan aku dah rasa macam.... "KEHILANGAN... "
Di sebalik peristiwa ni, aku teringat dengan rakyat palestin yang kehilangan orang kesayangan mereka dan ahli keluarga mangsa-mangsa pesawat MH370 dan MH17. Ya Allah, berat rasa kehilangan ni.. Engkau berilah kekuatan kepada mereka di Palestin, Keluarga mangsa MH370 dan MH17. Mungkin kepada mereka yang masih belum sedar dan memandang enteng sahaja ketiga-tiga isu ini sekarang, anda mungkin pernah kehilangan seuatu yang berharga kepada anda dan ingatlah semula....that moment when you lose someone or something dear to you...
Tam tam, selamat tinggal...Aku redha..Kakak naqibah aku pernah kata, haiwan ternakan kita tu nanti akan jadi salah satu saksi bila mulut dan lidah kita sudah tidak mampu membela diri kita sewaktu hari "perhitungan" kelak. Aku harap, Tam Tam sayang dapat jadi saksi dan bantu aku pada "Hari tu" nanti. Maafkan aku sebab takde sama waktu ngko dah nak "pergi"... Tapi, mungkin Allah tak nak aku terlampau bersedih macam waktu Coklat the rabbit and Buta the duck mati dulu.....Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Itu sudah pasti.
Ya Allah, mungkin Engkau hendak menegur atas kelalaianku dalam sesuatu perbuatanku...
Ampunkan aku Ya Allah...
#Pray for Gaza #Pray for MH370 #Pray for MH17