Monday, October 21, 2013

September dah datang...

Assalammualaikum...^^
ni sbnrny post yg ak fikir dh post...tp hkktnya..BELUMMM....papepun, nk gak post...dh crite aku, so, sekati ak la kn...mwehehe...

Ogos, dah berlalu, Syawal pun dah berlalu.. Bulan yang aku rasa nak skip ni dah datang n dah pergi pun... Oktober pulak dah nak berakhir.... Papepun, always think positive, mudah-mudahan, hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari-hari sebelumnya, InshaAllah.. Ni sebenar [ost untuk bulan Semtember ritu.. aku punyelah kompiden dah XOXO Publish ritu.. ghupenye hampeh... 

Apa yang telah berlaku bulan September ni? ha..banyak.. First, AR report dah perlu submit. Ok, yang ni aku boleh anggap dah settle. Second, Seminar Pendidikan. Ok, ni yang aku gabra tahap rasa nak beranak. Mak tulun!!. huu... Alhamdulillah semua berjalan lancar. Then, Hari jumaat ni perlu submit projek Wacana dan Masyarakat.Salah satu subjek major semester last ni. Lusa n tulat ada match bola baling. Ha, yang ni aku suka Yippiee... 23 ribulan nanti, ada match bola jaring..Yeahaaa...yang ni lagi aku suka...Yang telah berlaku plak, submit dua tugasan EDU, pembentangan lakonan, submit report n paper work Projek Internship yang lepas n aku dah lupa mende yang lain. 

Lagi satu, berat badan dah semakin naik.Hwaaa... dah puas nangis dalam selimut mengenang nasib badan nih. Oleh itu, saya sudah menanamkan tekad untuk mula menjaga makan saya. Bersenam, InshaAllah akan dimulakan. Ya Allah, istiqamahkanlah aku dengan niat suci ini..Amin..

Oleh sebab raya ritu aku tak sempat nak update, makanya aku nak juga update kali ni. Mwahahaha.. Perkara nombor satu, ruang tamu rumah kiteorang akhirnya bersiling... yeaaa.. maafkanlah diri ini sebab teruja sangatt. Mana tak teruja, bertahun asyik bersauna jek kat ruang tamu tu. Tapi, nak buat macamana, belum ada rezeki kan masa tu. Sekarang ni rezeki dah ada, itulah bapa tersayang kita cepat-cepat taruk siling, tampal tile and buat satu jamban selangkah jek dari bilik kiteorang... Ha... gile tak seronok. Bajet Lisa Surihani buat iklan kat hot.fm sangat kan.. 



Bunga tu kite yang gubah. yang kaler biru campur pink tu. Semangat aku gubah. Dah turn yang pink tu, dh tak semangat.So, gitulah rupenye... huduh sangat..tsk...tsk..tsk..


Ruang tamu kami. Langsir tu, aku ngan mama yang jahit..Yeayyy... !!


With my cousin. Danish!!! Y so cute... Sila abaikan tudung karipap aku.. 


Tadaaa...


Tahun ni Peplum 


With M3 n M6. Tiga-tiga Otw balik rumah time ni. Yang tengah dari Labuan, yang tepi dari Kuching. Masih kat Kota Kinabalu time ni. Route kami balik special sikit. Sarawak-Sabah-Sarawak. 

Isnin depan dah Hari Malaysia. Oleh itu, aku ngan kengkawan sekelas pun mengambil peluang keemasan itu untuk bercuti di Homestay Pasir Pandak. Yaaaeeyyy.... So, penginapan settle, makanan 2 hari satu malam kat sana settle, pengangkutan, settle n aktiviti tunggu perancang aktiviti . Haruslah kan ada perancang aktiviti bagai. Taklah 2 hari 1 malam kat sana semun je kan. Aktiviti pun lancorr je nanti kan.. Last sekali lepaih dh prepare semua, aku doakan moga semua yang kami rancang akan berjalan dengan lancar. Semua akan selamat pergi dan kembali semula ke IPG KTAR Kusayangi nih.

Oktober plak nanti, adalah bulan yang dinanti. Sebab, aku n kengkawan nak gi berjimba di KL,Melaka n Negeri Sembilan.. Yeayy lagi... Tiket,penginapan dan pengangkutan semua dah settle. Jangan jealous tapi, semuanya inshaAllah hanya berharga kira-kira RM220. Alhamdulillah..  Ni, ala-ala light travelling la. Pergi pun 3 hari 2 malam jek. Kira ok la tu kan. Ok, semua yang aku cerita yang belum terjadi lagi tu, InshaAllah, kalau dah terjadi aku cerita la ek. till then, ADIOS. Chiow.. Assalammualaikum..

P/S: Adik kite jelez kite nek kinabalu and rafting ritu, InshaAllah, tentang trip tu aku citer len masa k. Papepun, Keep dreaming until 1 fine day that dream will come true. Have faith in urself and The ALmighty^^