Saturday, June 22, 2013

The Return

Assalammualaikum...
Haaaa... jangan saspen..entry I bukan nak buat muvi review bagai ye...I'm sorry, dah lama la tak g wayang, so, aku sangatlah so yesterday ok...huhuhu... nak nagis bagai pohai. Bagi aku takde mende pun, kalau best, citer melayunye tunggula raya tahun ni o raya depan kan. Citer englishnya pulak, tunggula dua tiga bulan lagi, keluar la kat HBO ke, FOX ke, MAX dan sebagainya di ASTRO itew.. Hohoho...sape2 dok baca ni mesti cakap "Mak aieh, kedekut nak mampus minah ni...tiket wayang bawah RM20 je pown.." kalau tak pun.. "Hampeh la kau pompuan, tak menyokong industri perfileman langsung. luar negara pun tak sokong, apatah lagi tempatan punyer".. dan sebagainyew.. Tapi, kalau korang tak terfikir macam tu baguslah..*Tepuk tangan bagi tepukan gemuruh* .. 

Ala..aku bukan tak nak menyokong industri perfileman ni pun, masalah nye, tiket wayang tu beli pakai duit, bukan pakai daun macam Liyana Jasmay buat magic lam citer ASTRO RIA tu.. So, kat cni aku nak cakap, aku sebenarnyee takde duit yang banyak untuk dibelanjakan ke panggung-panggung wayang yang terdekat mahupun jauh.. sekian terima kasih.

Mukadimah kemain panjang kan...haha.. orite apa The Return tu? Haaa, The Return kat sini nak cakap tentang tak lama lagi, aku dan beberapa kawan aku akan kembali ke sekolah untuk program Internship dan kembali semula ke rumah sewa yang kami chentai...hehe... Nape tetiba plak nak citer bende ni kan? Sebelum ni, aku tak citer pun kan aku pergi menyewa, buat praktikum , bla,bla dan bla.. sebab? Senang je, line tenet susah sangat nak dapat n kalau ada line pun, akan digunakan sepenuhnya untuk mencari maklumat untuk cikgu Murni ni mengajar and melawat kawan-kawan di alam maya yang bertanya khabar.. hehe.. 

Tadi aku ngn housemate aku yang len pergi rumah tu sebab nak ambik kunci dari Pak Cik Tuan Rumah. Rinduuuunye dengan rumah tu, haaa, lagi satu tak lama lagi puasa kan, rumah tu dekat dengan surau.. InshaAllah, bolehla aku ngn rakan-rakan aku menambahkan pahala ibadat di bulan Ramadhan iaitu teraweh secara berjemaah dan merapatkan silaturrahim ngn orang kampung kat sana. Untung-untung dijemput beraya kat rumah diorang raya nanti ya dak?...HAHAHA...ok, lupakan niat kurang suchi itew ye.. 

Baiklah, sebelum saya terus merepek hampir nak tengah malam ini, haruslah saya mengundur diri. Ok, jaga diri anda. Chiow.. Assalammualaikum...

P/S: Kalau ada duit aku tengok taw wayang kat panggung... Tolong jangan berpandangan serong ek..

Friday, June 21, 2013

4 minggu

Assalammualaikum..
Hihi.. 4 minggu??? yep, dah 4 minggu aku tak hupdate belog aku ni..hahaha... adoi la.. 3 minggu cuti, 3 minggu tu jugakla aku mencutikan diri sendiri dari mencutikan diri sendiri dari blog ni. Termasuklah 1 minggu selepas cuti berakhir. 

Tak update blog and buka my home ada pape masalah ke? Aku ada tetinggal kereta api ke o kapal terbang ke? haaa...kadang-kadang sesetengah orang akan berfikiran macam tu. Yep, banyak sungguh yang aku tertinggal. Salah satunya, Irine dah ada baby girl !!! yea!! 27 Rejab hari tu, Irine selamat melahirkan seorang baby girl yang berambut lebat....yeaayyy.. *tepuk tangan laju2*. Jangan tak taw, aku ni peminat blogger irene tu tawww...hehehe...so, Tahniah Irine and family atas kehadiran orang baru dalam keluarga uolls.. hehe..

Sekarang dah masuk minggu kedua kuliah bermula. Aku dah masuk semester akhir !!!.. yaaaeeeyyy lagi... Alhamdullillah....ni adalah 6 bulan terakhir setelah 5 tahun betungkus lumus anda melalui banyak onak duri dan dugaan..heee...kepada yang mengetahui kisah-kisah aku dari dulu sampai sekarang, sudah tentunya akan  berkata "Habis gak engko kan"... Well, rezeki Allah ada di mana-mana. Cerita kita ditulis olehNya, siapa kita nak berputus asa di tengah jalan dan menidakkan ketentuannya...kaaannn.. So, never ever give up coz Allah always there for you...

Lagi seminggu, internship aku n kawan-kawan semester akhir akan bermula. Internship sebulan, tinggal kat rumah sewa, bulan Ramadhan, 3 projek untuk sekolah, and the list goes on.. Macam busy semacam kan, tapi aku task sabar nak lalui semua tu. Satu bende je yang buat aku sedikit tidak termotivasi.. Seminar AR.. waaaaaaa... nabes laa..lebih nabes dari waktu pembentangan projek inovasi tahun lepas. Sebabnya, bentang atas pentas kot..dengan penonton nya lagi..persamaannya cuma ada panel yang akan menilai and diorang akan menanyakan soalan dengan nada penuh curious..Ok, tu memang hak diorang tapi masalahnya sini adalah aku NERVOUS...huuu... papepun, life must go on..mudah je Murni, engko tanak buat bagus-bagis, tanak bentang, ngko tak grad, ngko tak keje n then, ur stuck ! haaa.... macam tu la aku selalu cakap kat diri sendiri..So, hadapi semuanya dengan iltizam yang tinggi ek..haha engkau iltizam tu... 

Orite, setakat di sini saja luahan hatiku..cheewaahh.. inshaAllah, aku update lagi len kali. Chiow... Assallammualaikum.. 

P/s: Kepada para muslimah yang disayangi yang belum habis qada' puasa lepas, sila2 lah mengqada' ok, kang x memasal mendouble ganti tahun depan, nisfu Syaaban dah dekat, maksudnya kurang dari 20 hari je lagi kita akan berjumpa semula dengan Ramadhan.. InshaAllah ^^