Monday, May 13, 2013

Trio>> Id, Ego, Superego

Assalammualaikum

Hye, pe kabo? first of all, Alhamdulillah sebab satu payyper dah lepas untuk semester ni. Maksudnya, tinggal satu paper lagi pada 22 Mei nanti. Yippi.. jauh kn jarak itu...banyak la masa kan... Apa nak buat ek? HA!!!! Awas!!! Kalian nampak apa yang berlaku disini? Ya, cubaan untuk study last minute.. Pernah cuba? sure... selamat? Of coz la.. Ha !!! perasan tak? bende tu dah semakin jadi tabiat? Yelah, aku student gak, so aku faham la fenomena ni.

Baik, soalan cikgu sekarang. Cheewahhh...cikgu tuh.... apakah kaitan di antara tajuk entry dengan muqadimah saya di atas? Hehehe... put ur hands up in the air if u know the answer before further your reading?  

Baik, kalau sesape yang pernah baca Teori Psikoanalisis, mesti dah start faham kan? Teori Psikoanalisis..ala yag  ada iceberg2 bagai tu....Errkk.. ke belum faham lagi.. 

Ok, Psikoanalisis ni adalah satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Nak tahu lebih lanjut, silakan meng "Google" ye.. Tapi, kat sini aku nak citer tentang Id, Ego dan Superego . Secara ringkasnya, Id ni adalah komponen personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor simpanan untuk keinginan manusia dan didorong oleh tenaga libido yang memotivasikan tingkahlakunya. Ego pula adalah koponen perosnaliti yang mengandungi pe,mikiran realistik dan logik yang tersusun serta berfungsi untuk menagawal id supaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma ,masyarakat. Manakala Superego pulak adalah komponen personaliti yang bermoral dan berkembang daripada didikan morla dan agama. Menurut Freud ni lagi, superego berfungsi sebagai pengantar maklumat nilai moral kepada ego untuk mengawal id. Haaa.... engkau, mentang-mentang tadi exam Bimbingan dan Kaunseling kan.

Diringkaskan lagi, kiranya kita boleh ambil contoh, Id ni adalah nafsu untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Ego pulak adalah hati manakala superego adalah akal yang akan berusaha menghalang kelakuan id yang tidak bermoral. Macam hari ni tadi, superego yang ada pada aku dah kalah sebab dah tunduk dengan id yang nak tidoq. Mentang-mentang malam tadi stay up kan kunun... Sepatutnya aku ada kerja tolong orang hari ni. Huuuu.. Kesian Beth pergi kerja sorang-sorang tadi. Kesian Pak Tam, Abg Man (Botak) ngan Amy sebab kerja berempat jek rini. Banyak kot kerja.. Beth kejut tadi aku memang berada di bawah sedar and terus memberi kemenangan kepada id. Lepas tu, dah bangun, baru superego aku beroperasi. Buat aku rasa bersalah sebab biaq kawan g turun keje sorang-sorang. Then, ego aku terus suruh bangun, ngantuk memang ngantuk, tapi pergi contact beth, minta maaf kata ego.

Huhu.. itulah yang berlaku sebenarnya.. Boleh pulak aku cakap kat Beth, aku ngantuk, esok jelah aku turun ek. Beth dengan penuh diplomasinya pun mengiyekan jek permintaan aku yang sungguh pemalas tadi... MURNI!!!.. Haish.... Ok, esok InshaAllah, mesti kerja sungguh-sungguh and pergi minta maaf ngan abang bertiga tu termasuk ngan Beth sekali. Nasib bek dapat diorang yang cool ni. Kalau dapat yang hmmmm... sendiri buat cerita ye.. Ok, sekian, chiow, Assalammualaikum...



We're teacher to be but our passion is photography ^^


With Catalia staff (Atas kiri: Amy , Atas Kanan sekali: Abang Aiman a.k.a Botak, Bawah paling kanan: Dino)


Amy diganti dengan Pak Tam. Macam tua sangat nak dipanggil Pak Tam kan.Padahal tua setahun je kot dari aku. hihi...



P/S: Kami baru balik dari sambut birthday kawan and sambut birthday bebudak kelas yang lahir bulan Mei.. HAPPY BIRTHDAY AZIMAH ADNAN.. SAYANG AWAK... n Happy Advance Birthday untuk ESTEE, DIN n PiQA... ^^


Tuesday, May 7, 2013

Serapi Corner and Crystal Bowl

Assalammualaikum... hye.. ^^
Sekarang kita akan kembali ke zaman silam , namun tidaklah lama mana pown. Kita sambung balik ceghiter tahun lepas ye.. Ya Allah, tak habis-habis lagi.. haha... kepada yang tak suke balik ke zaman silam, berenti membaca sekarang. Namun, kepada sesiapa yang ingin melihat hidangan-hidangan lazat, sila teruskan membaca..ngehehe.. pakse gak baca.

Baik, kalau ada sapa-sapa baca entry yang lepas, aku ada bercerita tentang ala-ala reunion SM Sains Miri kan IPGKTAR kan? kan? kan? Ha.. kalau tak taw, pegi baca dulu then baru u olls boleh sambung balik yek. Baiklah, sesudah selesai kami berphotoshoot itu.. kami pun berpecahlah kepada mereka yang balik semula ke hostel dan mereka yang nak pergi meronggeng. Ish... taklah... mereka yang nak pergi meraikan exam dah habis.. hehe... aku dan mereke-merekaletew.

Waktu kami habis photoshoot hari dah nak maghrib dah, so kami ambik keputusan untuk pergi ke Padawan dan singgah di salah sebuah masjid di situ ye  (baca ala-ala Dr. Fadzilah Kamsah. Suke dengar talk dia ^^). Apsal plak sesat ke Padawan ? Ha, sebab kawan aku a.k.a tuan punye kereta tempat kami menumpang kasih tu nak jumpa adik dia kat Kolej jururawat kat sana, (KSKB) so, kiteorng pun di tapau sekali ke sana. Selesai sahaja jejak kasih diorang dan sembahyang maghrib, masing-masing dah kebuloq. Bincang punye bincang, akhirnya kami sepakat untuk makan di Serapi Corner. Yaey !!! 


Serapi Corner kat Batu 7. Gambar ihsan dari Pak Cik Google

Serapi Corner ni terletak di Batu Tujuh atau Kota Sentosa. Oleh sebab Nama Batu Tujuh lebih fames, makanya terkuburlah nama Kota Sentosa itu. Aku tahu nama Kota Sentosa tu pon sebab praktikum kat Serian dok selalu lintas jalan tu, aku terscan la papan tanda selamat datang ke Kota A Famosa. Eh.eh.. aku baca sekali lagi...takkan terteleportasi g Melaka kan tatkala aku ngan Marliana tengah naik Viva and takde pown rasa-rasanya memasuki mana-mana pintu sesuka hati Doraemon..Jadi kesimpulannya, cikgu dah salah baca ye. K O T A  S E N T O S A Murni.. Spell it right.

Sampai kat Serapi Corner, hari dah gelap, tapi belum lewat mana pun. Malam masih muda.. yeayh..Muda tak muda, masing-masnig dah kebuloq, lantas kami pun teruslah mengorder makanan masing-masing. Makanan kat sini boleh tahan sedap . Aku pun tak tau, aku dah terlampau lapar or memang makanan kat sini sedap sehingga menjilat jari. 


Pada saat aku menulis entry ini, nasi pattaya ini kelihatan begitu menyelerakan. Hehe..dah lama tak buat karangan Bm kan, inilah masanya nak meraban.. Tapi, siyes sedap, walaupun bukan aku punya order kan.Tapi, apa salahnya aku mencedok sesudu dua dari pinggan Siti. Time-time ni la paling sesuai mengaplikasikan sharing is caring.. ngeeee... 


Eh..eh, ni bukan pinggan Siti, tapi kenapa Siti lagi yang bergambar dengan makanan ni? Ni nasi Fahmi...Ha,jangan tak taw, aku ngan rumate aku ni memang suka mengamalkan sharing is caring tu taw..haha.. ok, sape nak join the venture meh..meh.. isi borang dulu... mwehehe.. ko piki !!!


Ni plak nasi aku yang ayu..ok, sila tampar sekarang untuk menyedarkan saya yang sudah berbaur takbur di situ.. Ni Nasi goreng ayam butter ..hambek ngko, berlemak+berminyak+kolesterol tinggi= Comel lote...bhahaa... ok sekarang tampar banyak kali dengan kelajuan sederhana...


Ni plak makanan Zaid. Sedapnye.. Dahla diorang memang dah kebuloq, bole plak aku tahan dulu gara-gara nak ambik gambaq makanan-makanan ni dulu. Aku peduli hapa...hehe...tak bermoral sungguh, mana ade, aku minta izin dulu taw lagipun diorang ni cool...He... tu la yang itew suke.. hakhak..



Ni plak mee kolok Kak Effa, aku tak taw rasanya macaman sebab time tu takda rasa nak makan mee pun, so aku tengok mee tu sepintas lalu jerr.. kerek kan.. ngeeee (senyum mata tak nampak mulut buka luas-sambil menampakkan gigi yang tersusun rapi..ahakz..) Kepada sesape yang datang Sarawak, jangan lupa pekena mee kolok ye.. lain tempat lain rasa taw..Paling sedap dekat tempat aku la..Lawas yang kuchentai... Moh kita skodeng gambar mereka-mereka yang makan dengan gigih dan tekun bagai Serapi Corner itu hanya mereka yang ada ..

                               
Erk...ok, aku dah konpius, ni nasi Siti ke Fahmi. Or kedua-dua hidangan itew adalah mangsa Monster Siti yang kelaparan. Jangan ingat badan kechik cam dia ni makan ikut size..Huh! 


Kak effa pun tak kurang khusuknya. teliti kot Kak Effa menyusun mee itu satu persatu di atas sudu menggunakan garpu ..eh, ke tebalik..ngaaa...


Ni, takyah cerita. Ok, sekarang sudah jelas lagi bersuluh, Nasi Pattaya itu, Mohd. Fahmi yang punya.. (Baca macam jin dalam citer Ahmad Albab tengah baca wasiat harta belonggok kepunyaan Ahmad Albab.. )

Maka tamatlah cerita kami di Serapi Corner. Kemudian, kami pun pergilah ke Crystal Bowl BDC untuk membuang lemak yang baru sahaja di install. Tapi, lemak kat tangan je la.. Boleh?

Crystal Bowl ni terletak di bangunan yang sama dengan bangunan Everise. Atas Crystal Bowl plak ada kedai buku Popular. Dalam Crystal Bowl ni ada macam-macam. Bukan setakat leh men bowling je taw. Nak main snooker boleh, karoks boleh, main PS2 pun boleh. Ha, kalau engko dah tadak keje sangat and suka sangat merati individu-individu yang berada di sitew, bolehlah bawak duduk santai kat meja makan kat tengah-tengah tu and orderlah makanan yang ngko nak. Dulu ada Ice Cream Igloo.. sekarang tak pasti sebab aku datang pun bukan nak makan.


Ice Cream Igloo.. Ada macam-macam perisa.. Ngko nak letup-letup dimakan,nak yang manis, nak yang masam dan sebagainya, bawak-bawaklah datang ke Food Bazaar The Spring dan kat kedai Igloo sendiri kat bulatan Simpang 3, Kuching. Tempat lain, aku belum skodeng.


Oleh sebab aku fokus sangat main kan (tangan ke bahu, mata ke atas). Aku tak banyak sangat ambik gambar. Pemenang masa tu pun aku tak ingat. Siti kot. Siti kan terrer, semenjak dua menjak lepas keluar lam iklan Beras Basmathi Faeza ni, makin terrer kan ngko T.. Ok aku tipu. tu bukan Siti kami.. 


Kak effa bersama lakaran kejayaan orang lain. Aik? motif?


Selesai sudah pembayaran, JOM BOWLING !!!


Hamboi kak Effa, terus peluk bola tu kan. Nape tak ambik sekali pin tu buat ala-ala menang award.. mwehehe... 


Ngko melantak lagi Zaid.. Tak kenyang-kenyang lagi perut dinasour ni.


Kekek.. terus kantoi disitu engkau tidak strike pada cubaan pertama.. hehe..Hamboi, ko gelakkan kan orang ye murni tak sedar diri ntah berapa kali menyedekahkan bola ke longkang berhampiran..


Ni ntah sape punya turn. 


Fahmi dok pikiaq starategi nak dapat strike, double, turkey dan menstrike, mendouble n menturkeykan pin-pin di lane-lane yang berhampiran sekali.


Chet, dua-dua bajet cute... 


..Them..


Nytah pape ntah. Dapat hadiah kot kalau sape dapat buat pose paling huduh...ngaaahaha..


Yay!!! Ada gak rupanya gambar aku dalam ni. *sigh* tu lah, susah kalau dah ayu sangat... Ok, sila lempang saya sekarang. (dilempang lebih bagus dari terus-terusan perasan n seterusnya takbur)


hukhuk... cdey nya tengok result aher. Semua memang pakat-pakat main baling je ke tadi?


Sebelum, balik, wajib ambik gambar kat sini. Terimalah pose maut dari mereka.  Ok, chiow, Assalammualaikum

P/S: Kepada peminat tegar bowling cam aku yang berada di Kuching, sila-silalah datang ke River Side Bowling Arcade untuk bermain 3 game for Rm10 only. Murah kooot..  Heaven sangat.. Tapi, hanya untuk hari isnin-rabu.. 


Saturday, May 4, 2013

We are Sainsrian

Assalammualaikum..
How are u readers? Sebelum mula merapu, dengan suka citanya aku ingin mengucapkan selamat mengundi kepada yang boleh mengundi.Pilih dengan bijak kerana masa depan negara terletak pada diri anda sendiri. Betul ke tidak? ha... tepuk dada, tanya selera sendiri ye... orait, mukadimah PRU ni tadak kena mengena pun dengan tajuk entry aku kali ni, tapi tak kan nak pandang sebelah mata je hari bersejarah ni kan? eheemmm... ok, sebelum saya merapu dengan lebih panjang tentang PRU ni, mohla kita pergi ke tajuk asal ye..

Kami yang dari SM Sains Miri banyak sambung study kat IPG KTAR ni. Jadi November lepas, kami bebudak Sains Miri dari senior sampai junior yang baru masuk berkumpul depan Dewan Sri Samarahan (Dewan kiteorng) untuk... PhOTOSHOOT.. haha... photoshoot lah sangat.. 


Alhamdulillah, cuaca pun bagus masa tu..


Jhowie, rakan photographer and of course kawan sejak sains Miri dulu.. so, dah lebih 10 tahun dah kenal..


Ni pun rakan photographer and rakan dari Sains Miri. Dennis Jamah.


Antara senior dan junior Sains Miri kat IPG KTAR ni.. Maz, Atiq,Dewi, JC and Kak Efa.


Kiri Fadzli aka Palek .Kanan, Tom aka Franklin.. Fadzli memang classmate aku dari form 1 sampai masuk IPGTAR (nama dulu) untuk 1 semester.. lepas aku tukar course, maka kami terpisah..terpisah kelas je pun..


Ok, ni lah kami... Photographer kami time ni lantik Siti dan Fahmi (classmates aku sekarang) Hehe...tak memasal kan... 


Mereka dengan bajet cute... euuwwww..ngeee


Ambik sudut tepi dulu barulah nampak takde muslihat camera..haha.. ngko pikir korang tengah buat magic murni... tsk..tsk..tsk... iyelah, kot2 ornag cakap eyh2, sudut ni dia nampak comel la.. haaa... bolela stiap kali begambar ambik dr sudut tu.. ya dak.. ok, aku meraban..


Orait...ni dari depan... tau tak apa yang best bergambar hari petang. Bukan senja tau.. kang betambah plak sorang warga Sainsri kalau bergambar senja..Ha, time tu sendiri jawab la..Aku suka gambar aku di waktu senja adalah kerana aku jadi putih daripada biasa..mwehehehe...





Tadi bajet cute, sekarang bajet hensem.. bwwuweekk.. 


Bye2 Dennis,Palek, Jhowie and Kak Effa.. huhuhu... rindunyee... 


Terimalah pose kami yang sangat limited edition...bhahahaha...


Gambar ini dan seterusnya menceritakan tentang aku dna mereka berdua. Siapa mereka? Merekalah khadam-khadam beta.. baik, sebelum dilempang oleh mereka saya membetulkan statement itu. Mereka ni lah kawan itew dari form 1 sampai la sekarang tahun 2013. Lagi-lagi Zaid. Dari form 1 sampai sekarang kiteorng jadi classmates taw.  Fuuhhh... KLMJ tol.


Ok, semua masih berada dalam keadaan normal 

Ok, sekarang posing ala-ala porokszz..


Kemudian ketawa puas-puas..

Sekarang ni, palek dah pergi..haip..jangan fikir yang bukan-bukan. Palek dah dipostingkan entah kemana.. Dah lama tak ctc. Aku ngn Zaid plak masih menyambung cerita kami di IPG KTAR Kusayangi...  Tahun ni last year kami sebagai guru pelatih. InshaAllah, tahun depan dah jadi guru... doakan kami semua success ya di mana-mana pun kami berada di bumi Allah ni.. Nanti-nanti itew sambung agiew ye.. (minta lempang ke murni guna bahasa bajet cute..) hehe... ok, Chiow..Assalammualaikum..


Terima kasih sudi baca entry ni .. Tabik hormat dari aku dan mereka untuk anda ^^